Tengku Azmi Raja Ismail merupakan Guru Inovatif. Beliau bertugas di SMK Kandis Bachok Kelantan dan mengajar dalam mata pelajaran Sains. Beliau memperkenalkan dan membangunkan penggunaan ICT dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran untuk menangani Ponteng Sekolah. Misi hampir tercapai apabila program "Ponteng Sifar" mencapai 98%. Apa kata beliau, lihat youtube di atas.
epoq-philippa.blogspot.com
Saturday, 26 November 2011
Suatu Ketika..
Rumah Guru Sk. Pinangkau
Cantik pada rupa..
bekalan elektrik dan air belum ada.
Apapun, syukur ada tempat tinggal..
Ini bangunan sekolah Blok B.Setakat ini, ada 2 blok sahaja digunakan untuk pejabat, kelas dan bilik komputer (tiada komputer boleh digunakan).
Sementara itu ada 3 blok bangunan kabin. belum siap diselanggara..Penantian mencecah usia 1 tahun.
Ini pengalaman tidak dapat dilupakan..time banjir ni. Masuk sekolah menggunakan sampan (enjin sangkut). orang kampung cakap, bot mini. perjalanan dari Sk. golong ke sekolah adalah lebih kurang 45minit (muatan sikit) dan paling lama pun 1jam (muatan banyak).
Hah! ini lawatan murid Tahun 6 ke area Kota Kinabalu. Excited murid2 dapat rasa naik lif, tangga bergerak dan mandi laut.. gambar ni diambil semasa berada di Muzium Negeri Sabah.
Saya ambil kesempatan bergaya dengan meriam berkembar ni..di belakang saya tu adalah program 1Malaysia..cun2 masa p muzium, peserta kem 1Malaysia turut berada di lokasi yang sama.
Best!
MATEMATIK (Pengetahuan Umum)
Pengurangan Pecahan.
Suatu ketika di Malaysia, guru-guru heboh dengan penggunaan kapur dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut apa
yang dikatakan, kapur boleh mendatangkan masalah
kesihatan. Video pendek di atas, menunjukkan penggunaan ICT
boleh menjadi alternatif yang mudah.
Friday, 25 November 2011
ICT Dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi
Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Suatu kajian telah dijalankan. Untuk melihat dapatan kajian tersebut klik http://journalarticle.ukm.my/197/1/1.pdf
Apakah Kardiovaskular?
Sebaik sahaja terjaga dari tidur, kesyukuran perlu diucapkan sebab kita masih diberi peluang sekali lagi melihat dunia. Ini bermakna jantung kita masih berfungsi. Jantung dan Kardiovaskular mempunyai hubungan yang erat. Bagi mengetahui apakah kardiovaskular dan hubungannya dengan jantung klik di sini http://ms.wikipedia.org/wiki/kardiovaskular
Subscribe to:
Posts (Atom)