Rumah Guru Sk. Pinangkau
Cantik pada rupa..
bekalan elektrik dan air belum ada.
Apapun, syukur ada tempat tinggal..
Ini bangunan sekolah Blok B.Setakat ini, ada 2 blok sahaja digunakan untuk pejabat, kelas dan bilik komputer (tiada komputer boleh digunakan).
Sementara itu ada 3 blok bangunan kabin. belum siap diselanggara..Penantian mencecah usia 1 tahun.
Ini pengalaman tidak dapat dilupakan..time banjir ni. Masuk sekolah menggunakan sampan (enjin sangkut). orang kampung cakap, bot mini. perjalanan dari Sk. golong ke sekolah adalah lebih kurang 45minit (muatan sikit) dan paling lama pun 1jam (muatan banyak).
Hah! ini lawatan murid Tahun 6 ke area Kota Kinabalu. Excited murid2 dapat rasa naik lif, tangga bergerak dan mandi laut.. gambar ni diambil semasa berada di Muzium Negeri Sabah.
Saya ambil kesempatan bergaya dengan meriam berkembar ni..di belakang saya tu adalah program 1Malaysia..cun2 masa p muzium, peserta kem 1Malaysia turut berada di lokasi yang sama.
Best!
No comments:
Post a Comment